Sejarah Penubuhan SKKG

SK Klang Gate bukanlah merupakan sebuah sekolah yang baru.Ia telah wujud sejak lama dahulu , iaitu sebelum negara mencapai kemerdekaan. Tapak sekolah yang ada pada hari ini bukanlah tapak asal SK Klang Gate tetapi, ia adalah tapak ketiga yang dipindahkan akibat dari berlakunya banjir besar pada 27 April 1952. Kawasan asal sekolah ini adalah merupakan sebuah kawasan empangan yang dikenali sebagai Empangan Klang Gate (yang menampung keperluan air bagi penduduk Lembah Klang pada hari ini),


Pembinaan semula SK Klang Gate (selepas berlakunya banjir tersebut) adalah dari inisiatif Tuan Haji Nordin Salleh dan penduduk kampung. Oleh kerana hasrat beliau dan penduduk kampung ingin melihat kejayaan anak-anak di dalam pelajaran, bangunan sekolah tersebut dibina dengan semangat bergotong royong dan kerjasama yang tinggi. Bangunan sekolah telah dibaiki semula untuk menggantikan bahagian-bahagian bangunan yang rosak.