Lokasi Sekolah


SKKG - Dalam Akhbar


AKHBAR UTUSAN MALAYSIA


Sumber Utusan Malaysia - Tutor

SEBANYAK 800 tanda tangan pelajar sekolah rendah berjaya dikumpul sempena Kempen Philips-Cetree Energy Efficient Mobile Showhome yang diadakan baru-baru ini.Tandatangan di kain pemidang kempen itu merupakan ikrar pelajar berkenaan untuk menjalani cara hidup dengan menggunakan tenaga secara cekap.Kempen yang juga dikenali sebagai Kempen A Simple Switch yang telah dilancarkan pada Jun lalu di Sekolah Kebangsaan (SK) Klang Gate membawa Philips-Cetree Energy Efficient Mobile Showhome mengunjungi beberapa sekolah di Lembah Kelang dan Pulau Pinang.
Klik disini untuk selanjutnya...

AKHBAR KOSMO

Sumber Kosmo

Mendedahkan jumlah tersebut, Pengerusi dan Ketua Pegawai Operasi Philips Malaysia Sdn. Bhd., Dr. Rajah Kumar berkata : "Dengan peningkatan harga minyak dan tenaga elektrik, ia menjadi satu keutamaan untuk menggunakan tenaga dengan sebaik mungkin, sama ada di rumah, pejabat mahupun di kelas."Oleh yang demikian, pada tahun ini, kami telah memutuskan untuk memberi fokus bagi mewujudkan kesedaran murid sekolah rendah terhadap penjimatan tenaga dengan menggalakkan mereka mengubah minda ke arah menjalani gaya hidup yang lebih efisien tenaga."Beliau berkata demikian semasa pelancaran kempen asimpleswitch atau kempen Kecekapan Tenaga Philip-Pusat Pendidikan, Latihan dan Penyelidikan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Cetree) yang berpusat di Universiti Sains Malaysia (USM). Majlis pelancaran kempen ini diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Klang Gate, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Klik disini untuk selanjutnya...




Senarai Bekas Guru Besar

GURU BESAR SK KLANG GATE

Pertama : En Nurud
Kedua : En. Shariff b. Salim
Ketiga : En. Abdul Hamid b Salehuddin
Keempat : En. Alias b Hj. Sulaiman
Kelima : En. Rosli b. Shahbudin
Keenam : En. Hassan b. Salim
Ketujuh : En. Hamzah b Hussain
Kelapan : Pn. Sharifah bt Yusof
Kesembilan: En. Arshad b Anuar
Kesepuluh : En. Sulaiman Bukhari b Hj. Amir

Kemaskini

Sejarah Penubuhan SKKG

SK Klang Gate bukanlah merupakan sebuah sekolah yang baru.Ia telah wujud sejak lama dahulu , iaitu sebelum negara mencapai kemerdekaan. Tapak sekolah yang ada pada hari ini bukanlah tapak asal SK Klang Gate tetapi, ia adalah tapak ketiga yang dipindahkan akibat dari berlakunya banjir besar pada 27 April 1952. Kawasan asal sekolah ini adalah merupakan sebuah kawasan empangan yang dikenali sebagai Empangan Klang Gate (yang menampung keperluan air bagi penduduk Lembah Klang pada hari ini),


Pembinaan semula SK Klang Gate (selepas berlakunya banjir tersebut) adalah dari inisiatif Tuan Haji Nordin Salleh dan penduduk kampung. Oleh kerana hasrat beliau dan penduduk kampung ingin melihat kejayaan anak-anak di dalam pelajaran, bangunan sekolah tersebut dibina dengan semangat bergotong royong dan kerjasama yang tinggi. Bangunan sekolah telah dibaiki semula untuk menggantikan bahagian-bahagian bangunan yang rosak.

Keterangan Logo